Wednesday, August 3, 2011

bun bun cit cit !!!!

As salam..


Alhamdulillah.. 'Cuti panjang' saya terisi juga.. banyak benda berlaku bbrp hr ni.. br balik dr sndkn + kenduri + my birthday dan semestinya kedatangan bulan mulia, Ramadhan Al Mubarak.. 

Hikmah belum mendapat khabar gembira posting sudah semakin terungkapkan... Alhamdulillah, dapat mlihatnya ke arah yang positif...

Duduk d rumah sudah semestinya menyumbang kepada tumbesaran yg berganda.. Ramai sudah menegur, saya semakin berisi.. gemuk la bah tu kan.. hehe.. Sebenarnya, nda juga risau kalau berisi.. Saya boleh terima kalo gemuk pun.. Yg gemuk selalunya C.O.M.E.L.. Tapi, satu ja saya mau, PERUT RATA... haha.. bukankah pengenapan lemak (menjadi gemuk) pada anggota badan keseluruhan berkadar langsung dengan lemak di bahagian perut??? adakah orang gemuk perutnya rata??? apa pun.. masalah perut yang semakin b***** ini menjadi kegusaran yang amat di hati kerana telah me'reduce' kan confident saya di khalayak ramai.. ececehhh!!! 

(NOTE : diharapkan isu GEMUK yang dituliskan tidak menyinggung hati yang membaca... think +ve k)

Lantas kedatangan bulan Ramadhan yang mulia saya sertakan dengan sebuah misi  iaitu meleperkan perut.. Misi ini dilaksanakan dengan berjanji kepada diri sendiri tidak akan menyentuh minuman ber ais batu.. apa2 jenis pun.. setakat 2 hari puasa, saya minum minuman yang panas ja.. nyaris2 tergoda dgn ABC+air buah+cendol segala, tapi masih dalam semangat yang kental utk menolak.. nasib Asma Salvatore berada di sandakan, kalau tidak mesti supply Coca cola tidak putus dalam esbok.. haih, susah betul menolak kalo coke.. ini sedikit sebanyak membantu misi..

Dengan tidak mengambil ais, apa yg sy minum??? Semestinya air suam... eeeeyuuuuuckkk!!!... macam air panadol bah tu air suam.. tapi gara2 mauk perut yang rata, saya gagahkan juga wlupn pada tegukan yg terakhir serasa mauk muntah.. tahan!! tahan!!! Petua perut rata guna air suam ini diilhamkan oleh Kak Epi dan telah terbukti.. Jadi, try lah.. Timeline misi ini ialah sebulan... Bacaan awal untuk berat dan ukuran pinggang telah pun direkodkan, tetapi tidak boleh dinyatakan di sini... hehehe..

Semoga saya dapat menahan diri untuk menjayakan misi ini dan memperoleh result yang cemerlang akhirnya.. Mudah-mudahan... .

p/s : akan update nanti mok dekat raya hasil misinya...Nanti buat testimonial.. sebelum dan selepas.. heee..

Di akhirnya, saya sangat ingin menuturkan perkataan ini pada sesiapa pun...

"Kita boleh menilai.. tetapi tidak semua yang kita nilai itu benar.. mungkin benar pada kita.. tetapi tidak pada orang2 yang kita nilai.. Bijaklah dalam menilai dan berfikiran terbukalah dalam apa pun.. Apa yang kita miliki mungkin terbaik dari orang lain, dan seharusnya kita bersyukur.. Dan orang lain mungkin memiliki sesuatu tidak sebaik yang kita ada, tetapi itu barangkali sudah memadai dan indah bagi mereka..."

Semoga kita terus berusaha mendapat berkat Ramadhan yang mulia... Selamat berjuang!!!

Cerita Ketika Cinta Bertasbih, memberi kesan di hati saya...

Wednesday, July 20, 2011

Sabar menunggu

Setelah setahun mengharungi susah, senang, pahit & manis, akhirnya dapat juga menamatkan sepenuhnya KPLI.. Alhamdulillah, result baik, SPP boleh dijangkakan baik, tapi... KISSM??? oh no!!! ada masalah prepration di situ (from now here on... last minute & procrastination should be rid off from my dictionary as a human being.. huhu), jadi, tidak dapatlah untuk menjangkakan resultnya.. apa pun, I always pray that my KISSM would be ok.. means, PASSED.. Amiiinnnn...

Sudah 3 minggu dalam my favourite month = July berlalu.. Belum ada panggilan lagi.. Tiap hari buka web.. tanya kawan.. bila? ada khabar? mcm mana? suma soalan berkaitan posting.. hmmm... memang ada rasa tidak sabar di situ.. dan memang.. 'hargailah masa yang ada' enjoy, rehat.. paling tepat untuk sekarang ini.. tapi... bukankah masa itu emas?? Bagi seorang yang berumur 27 thn (akan ke 28 sikit masa lagi).. masa yang berlalu pergi hari demi hari ini sangat menakutkan.. bukan tidak mengisinya.. membaca, menonton, mensurf dan segala bagai, suma suda dibuat.. tapi....

Usia sudah dewasa... tanggungan peribadi walhal untuk keperluan diri sendiri suda ada.. belum kira tanggungjawab untuk org lain lagi.. ada perancangan untuk direalisasikan.. ada matlamat yang dikejar.. semuanya juga menuntut komitmen masa.. maka, berbalik kepada 'soalan bila dan di mana posting', sebab-sebab inilah menjadi ukuran.. 

Bukan tidak menghargai masa dan peluang yang ada, tapi setiap orang juga pasti mempunyai 'plan' yg sudah diukur pelaksanaan dan pencapaiannya... seperti saya..

Walaubagaimanapun.. saya merancang, Allah juga yang menentukan.. berbalik kepada fitrah, dan memegang kepada hikmah, saya redha.. dan sabar menunggu...

enjoy this one...