Friday, February 3, 2012

S.E.N.T.I.T.I.F

As salam..

Kali ni saya mau menulis pasal sentitif. Hitz fm. pun crita pasal ni semasa saya menulis entry ini. Kebetulan. Tapi dari konteks berbeza..Hitz fm cerita pasal sensitif dalam interaksi sosial. Saya?? Baca seterusnya :)

Ada sesetengah masa.. tanpa sebab apa pun.. dengan sedikit jentik pun, terus hati jadi sebak. mata bergenang. dan kalau nda dapat tahan. terus tumpah wlupn nda kira siapa yg ada di depan atau di mana. Kadang-kadang bendanya kecik seja.. trus terasa. Kadang bukan benda berkaitan yg dinangisi, tapi ada benda lain yang tersimpan. Nah kalau datang serentak, trusla ujan. Kamu pernah begitu?? Saya? macam selalu. huhu.

Saya sentitif. Ya. Memang. Saya nda suka dikasari. Cepat merajuk. Cepat tersentuh. Cepat tersinggung.  Cepat menangis. Itu memang saya. Tapi bukan setiap masa lah begitu. Semakin menjejak usia yang matang, semua perkara boleh suda saya pertimbangkan dengan baik. Ada benda yang boleh dibiarkan, dilupakan, tidak dipikir selanjutnya, disimpan untuk dinilai di lain masa. Tapi ada juga masanya, tidak kira tempatnya dan tanpa sebab yang boleh diterangkan, air mata saya jatuh juga. Saya rasa kamu pun begitu kan?? Cuma frekuensi nya berlainan sahaja bagi setiap individu (perempuan). 

Ada juga perempuan yang berhati cekal. Tidak mudah mengalirkan air mata. Berjaya menyimpan emosi. Besnya kan kalau dapat jadi begitu. Ndalah nampak lemah. Ya. Memang saya akui. Airmata menunjukkan kita lemah juga. Tidak dapat mengawal emosi. Tapi, keluarnya air mata tidak dapat juga kita tahan kan?? Itu berkaitan dengan perasaan dan tindak balas anggota badan terhadap sesuatu rangsangan. Apa pun tafsiran air mata pada kamu, saya biarkan kamu menilainya menurut pemikiran kamu sendiri :))..

Selalu jugak terjadi, menangis dulu baru menyesal. Menyesal sebab menangis sebab baru terasa benda yang dinangiskan kecik seja.. Hehe. Ndapala.. benda yg berlaku nda dapat diulang semula. Tapi kita semua boleh jadi lebih baik pada masa akan datang kan! 

Ada saya baca suatu masa dahulu, tidak mengapa mempunyai hati yang cepat menangis. Dengan itu, kita lebih mudah mengangisi dosa yang kita telah lakukan bila berjumpa Tuhan (pada waktu solat)..

Semoga dapat mendidik hati supaya lebih cekal!..Sampai jumpa lagi.

Gambar pertama tahun 2012 di perhimpunan hari Isnin. Ng Wan Keong, kawan saya di skolah. Kami antara yg termuda di sesi petang :)  

Yours,

Mir


 



Saturday, January 28, 2012

Hari terakhir

As salam...

Facebook. Jaringan sosial. Hari2 buka fb. Kalau nda bukak bosan. Lepas bukak melekat. Pastu lalai. Pastu buang masa. Pastu kerja nda siap. Ya. Tahu dan Sedar. Tapi masi buat. Hehe. Facebook. Tempat luahan. Pentas catatan suka duka asam garam kehidupan. Facebook. Kenangan. Harapan.

Ada juga orang yang tidak ada akaun FB. Saya respect pada orang2 muda sebaya yang tiada akaun FB. Yang memang langsung tiada. Kalau ada tapi nda aktif nda kira. Maknanya golongan ini mampu untuk memanfaatkan masa pada dunia realiti sahaja. Tabik. Pernah terfikir untuk deactivate akaun ini. Tapi masih belum dapat lagi. Satu hari nanti. Mungkin.

Facebook. Tempat saya melihat orang yang saya rindu. Yang jauh dibatasi jarak dan masa. Dihalangi keadaan dan kesempatan. Yang melihatnya di Fb buat saya rasa dekat. Biarpun tidak bersua muka. Mendengar suara. Aisehhh.. OOPppss.. Terlebih suda!! hehe..
#Sebab itulah tidak dapat menjauhi facebook ini lagi.#


Sabtu suda ni hari. Esok Ahad. Lusa Isnin. Hari ni hari terakhir bersendiri di rumah.. Mungkin. Sebab roomate blm balik lagi dari kampung. Selama bersendiri, saya sudah jadi 'sound-alert' bila malam. Sebab sangaaaaattt takuttt. Bukan takut hantu.. Eh, takut juga, sikit.. Tapi takut orang jahat. Pecah masuk rumah dan curi barang dan letak pisau di leher dan minta duit tapi duit sikit ja dalam dompet dan owh nda mahu suda bayangkan! Syukur alhamdulillah, ada Allah melindungi. Insya Allah. Walaupun berdebar2 setiap kali malam menjelma tapi tetap yakin keselamatan hamba yang lemah ini akan dijaga oleh Tuhan Pencipta Makhluk sekalian alam. Kalau roomate balik ni hari, nda sudala takut. Ada suda kawan. Cuma, saat-saat indah seperti menyanyi teriak2 berlawan dengan muzik yang kuat, cuci kain yang banyak dan jemur suka2 hati, mandi paling lama dalam tandas, pasang kipas no3 dan lambat kemas tilam dan suma2 laaa... juga suda berakhir.. Owh, I REALLY NEED PRIVACY OF MY OWN!!!! Sabar.. sabar.. the time will come..

Tadik keluar beli sabun cuci. Pastu teringin pula makan KFC pocketful. Maka dengan yakin keluar dari rumah dan drive pegi Larkin. Ok suda, tapi time balik rumah mau p Giant mesti salah ambil lorong time d traffic light. 2 kali suda ni. Memang lembap baa kalau pasal jalan rayaa ni. Padahal senang seja pun. Yang dekat pun fail, mcm mana mau p jauh. Hari tu pun sesat mau p JPO. Haih. Ndapa. Cuba lagi. Sampai jaya. Sesat2 dahulu, expert juga kemudian. Oh yeah!

Lately, I feel alone. Really alone. Still, I will survive. Live my life.

Enough 4 now..


** Pocketful ndada.. Ini seja ada...
Zinger Combo. Kotak seja. Isi habis ;p

Behind girls favourite song, there is an untold story. Enjoy this one.


Until I c u in next entry.. Take care.
Yours,


Mir.


Tuesday, January 24, 2012

Hangat-hangat tahi ayam!!

As salam kepada pembaca...

(ada ka pembaca blog ni ??.. ndala... saya bagi salam dgn diri sendiri :)) )

Waaaaaa... selepas 1/2 tahun, baru ada post baru... nah beginila gayak saya... mula2 semangat lepas tu?? ditinggal suda.. tapi nda baik tolong bagi tanggapan negatif pada diri sendiri, jadi mari mencipta 
alasan..           

       1) saya buzy mungkin.. tidak sempat..  ATAU
       2) tidak ada idea.. EH MUNGKIN
       3) bband kena cut off sebab nda bayar sebab blum posting...  

Mencari alasan memang senang.. dan mungkin ada di antara alasan yg kita cipta berunsur penipuan atau tidak benar.. untuk apa?? myelamatkan diri sendiri... hmmm.. mari AUDIT (perkataan ini diinspirasikan dari Prof. Dr. Muhaya) diri sendiri..

      ## yang sebenarnya saya lupa saya ada blog sendiri.. hehe##

Selepas setengah tahun (perkiraan bermula dari post yang lepas), banyak benda telah berlaku.. Apa berlaku dengan eksperimen perut b***** saya?? Hmm, sangat malu untuk menyatakan, saya bertahan hanya seminggu sahaja.. dan segala janji yang dibuat pada diri sendiri (tdk mahu makan ais/air suam sahaja.. bla.. blaa.. blaaa) telah dimungkiri.. Maka musnahlah eksperiment tersebut.. Kesimpulannya, TAMBIRANG seja saya kan!!

Penantian yang agak lama untuk posting setelah tamat KPLI pun terjawab akhirnya.. Dan di sinilah saya sekarang.. SJKC FOON YEW 1, JOHOR BAHRU okay!!! pada saat saya menerima berita posting ke JB, wlupun sedih sikit, tapi lega akhirnya penantian itu tamat.. Sedih sikit sebab jauh.. dan ada perkara peribadi tidak berkesempatan untuk dibuat.. sedikit sesal di situ.. itulah hebatnya masa.. tidak menunggu.. maka, jangan pernah lepaskan peluang bila ianya suda ada di depan mata.. tapi... saya berpegang kepada rancangan Allah.. saya merancang.. Dia juga merancang.. maka pada akhirnya saya tawakkal pada segala benda di luar batas mampu saya dan percaya ada hikmah di sebaliknya.. INSYA ALLAH.. 

Owh.. menjadi CIKGU bukan mudah.. sangat mencabar.. ya.. pada tahun ini saya di sesi petang mengajar TAHUN 1 & 2.. Hari isnin seja pakai baju kurung.. yg lagi 4 ari pakai baju PJ.. Aisehhhh.. nda dapat bergaya dengan baju kurung dan tudung2 kasut segala.. Tapi yang bagusnya, nda payah gosok baju, gosok tudung seja.. Hooorayyyy!!


Mengajar budak2 7-8 thn menuntut kesabaran yang tinggi.. dan harus saya akui, saya bukan penyabar orangnya...  Apa lagi kekangan bahasa yang ada.. Mereka tidak paham berbahasa Melayu sepenuhnya.. I speak English all d time.. (wah!! mcm hebat!).. hehe.. itulah cabarannya..  Nda best bah marah dalam English.. nda terkeluar tu perasaan..Mau jugak bahasa Tawau.. tapi kalau marah dgn bahasa Tawau, budak nda paham.. jadik rugi!! haha..

Apa pun.. berdepan anak2 berkulit putih dan berbibir merah ini sehari-hari.. sedikit sebanyak memberikan semangat dan menjadikan saya seorang yang positif.. walau sesukar manapun situasi yang saya hadapi, pasti ada jalan penyelesaian.. JIKA DICARI.. 

Semoga sifat sabar, ikhlas, redha, jujur dapat terdidik dalam sanubari... Insya Allah..

p/s : Minggu ni sekolah cuti 9 hari.. GONG XI FA CAI.. 

Nite2..

With love,

Teacher Mee Na