Friday, February 3, 2012

S.E.N.T.I.T.I.F

As salam..

Kali ni saya mau menulis pasal sentitif. Hitz fm. pun crita pasal ni semasa saya menulis entry ini. Kebetulan. Tapi dari konteks berbeza..Hitz fm cerita pasal sensitif dalam interaksi sosial. Saya?? Baca seterusnya :)

Ada sesetengah masa.. tanpa sebab apa pun.. dengan sedikit jentik pun, terus hati jadi sebak. mata bergenang. dan kalau nda dapat tahan. terus tumpah wlupn nda kira siapa yg ada di depan atau di mana. Kadang-kadang bendanya kecik seja.. trus terasa. Kadang bukan benda berkaitan yg dinangisi, tapi ada benda lain yang tersimpan. Nah kalau datang serentak, trusla ujan. Kamu pernah begitu?? Saya? macam selalu. huhu.

Saya sentitif. Ya. Memang. Saya nda suka dikasari. Cepat merajuk. Cepat tersentuh. Cepat tersinggung.  Cepat menangis. Itu memang saya. Tapi bukan setiap masa lah begitu. Semakin menjejak usia yang matang, semua perkara boleh suda saya pertimbangkan dengan baik. Ada benda yang boleh dibiarkan, dilupakan, tidak dipikir selanjutnya, disimpan untuk dinilai di lain masa. Tapi ada juga masanya, tidak kira tempatnya dan tanpa sebab yang boleh diterangkan, air mata saya jatuh juga. Saya rasa kamu pun begitu kan?? Cuma frekuensi nya berlainan sahaja bagi setiap individu (perempuan). 

Ada juga perempuan yang berhati cekal. Tidak mudah mengalirkan air mata. Berjaya menyimpan emosi. Besnya kan kalau dapat jadi begitu. Ndalah nampak lemah. Ya. Memang saya akui. Airmata menunjukkan kita lemah juga. Tidak dapat mengawal emosi. Tapi, keluarnya air mata tidak dapat juga kita tahan kan?? Itu berkaitan dengan perasaan dan tindak balas anggota badan terhadap sesuatu rangsangan. Apa pun tafsiran air mata pada kamu, saya biarkan kamu menilainya menurut pemikiran kamu sendiri :))..

Selalu jugak terjadi, menangis dulu baru menyesal. Menyesal sebab menangis sebab baru terasa benda yang dinangiskan kecik seja.. Hehe. Ndapala.. benda yg berlaku nda dapat diulang semula. Tapi kita semua boleh jadi lebih baik pada masa akan datang kan! 

Ada saya baca suatu masa dahulu, tidak mengapa mempunyai hati yang cepat menangis. Dengan itu, kita lebih mudah mengangisi dosa yang kita telah lakukan bila berjumpa Tuhan (pada waktu solat)..

Semoga dapat mendidik hati supaya lebih cekal!..Sampai jumpa lagi.

Gambar pertama tahun 2012 di perhimpunan hari Isnin. Ng Wan Keong, kawan saya di skolah. Kami antara yg termuda di sesi petang :)  

Yours,

Mir