Saturday, January 28, 2012

Hari terakhir

As salam...

Facebook. Jaringan sosial. Hari2 buka fb. Kalau nda bukak bosan. Lepas bukak melekat. Pastu lalai. Pastu buang masa. Pastu kerja nda siap. Ya. Tahu dan Sedar. Tapi masi buat. Hehe. Facebook. Tempat luahan. Pentas catatan suka duka asam garam kehidupan. Facebook. Kenangan. Harapan.

Ada juga orang yang tidak ada akaun FB. Saya respect pada orang2 muda sebaya yang tiada akaun FB. Yang memang langsung tiada. Kalau ada tapi nda aktif nda kira. Maknanya golongan ini mampu untuk memanfaatkan masa pada dunia realiti sahaja. Tabik. Pernah terfikir untuk deactivate akaun ini. Tapi masih belum dapat lagi. Satu hari nanti. Mungkin.

Facebook. Tempat saya melihat orang yang saya rindu. Yang jauh dibatasi jarak dan masa. Dihalangi keadaan dan kesempatan. Yang melihatnya di Fb buat saya rasa dekat. Biarpun tidak bersua muka. Mendengar suara. Aisehhh.. OOPppss.. Terlebih suda!! hehe..
#Sebab itulah tidak dapat menjauhi facebook ini lagi.#


Sabtu suda ni hari. Esok Ahad. Lusa Isnin. Hari ni hari terakhir bersendiri di rumah.. Mungkin. Sebab roomate blm balik lagi dari kampung. Selama bersendiri, saya sudah jadi 'sound-alert' bila malam. Sebab sangaaaaattt takuttt. Bukan takut hantu.. Eh, takut juga, sikit.. Tapi takut orang jahat. Pecah masuk rumah dan curi barang dan letak pisau di leher dan minta duit tapi duit sikit ja dalam dompet dan owh nda mahu suda bayangkan! Syukur alhamdulillah, ada Allah melindungi. Insya Allah. Walaupun berdebar2 setiap kali malam menjelma tapi tetap yakin keselamatan hamba yang lemah ini akan dijaga oleh Tuhan Pencipta Makhluk sekalian alam. Kalau roomate balik ni hari, nda sudala takut. Ada suda kawan. Cuma, saat-saat indah seperti menyanyi teriak2 berlawan dengan muzik yang kuat, cuci kain yang banyak dan jemur suka2 hati, mandi paling lama dalam tandas, pasang kipas no3 dan lambat kemas tilam dan suma2 laaa... juga suda berakhir.. Owh, I REALLY NEED PRIVACY OF MY OWN!!!! Sabar.. sabar.. the time will come..

Tadik keluar beli sabun cuci. Pastu teringin pula makan KFC pocketful. Maka dengan yakin keluar dari rumah dan drive pegi Larkin. Ok suda, tapi time balik rumah mau p Giant mesti salah ambil lorong time d traffic light. 2 kali suda ni. Memang lembap baa kalau pasal jalan rayaa ni. Padahal senang seja pun. Yang dekat pun fail, mcm mana mau p jauh. Hari tu pun sesat mau p JPO. Haih. Ndapa. Cuba lagi. Sampai jaya. Sesat2 dahulu, expert juga kemudian. Oh yeah!

Lately, I feel alone. Really alone. Still, I will survive. Live my life.

Enough 4 now..


** Pocketful ndada.. Ini seja ada...
Zinger Combo. Kotak seja. Isi habis ;p

Behind girls favourite song, there is an untold story. Enjoy this one.


Until I c u in next entry.. Take care.
Yours,


Mir.


2 comments:

  1. Replies
    1. Bukan takut hantu.. Eh, takut juga, sikit..



      pembetulan....bukan sikit tapi banyak ya....
      anyway aku sukak sukak sukak.....keep it up fren... napa aku x dapt follow ne....bnyk kali ku tekan

      Delete